AKSI antara pasukan Adana Demirspor berdepan Konyaspor dalam saingan Liga Super Turki disajikan dengan momen menarik yang pasti diingati oleh penyokong setia bola sepak.
Dalam perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah berada di kedudukan selesa selepas dua jaringan berjaya dicetak pada babak kedua.
M’Baye Niang mencetak gol pada minit ke-54, manakala bekas bintang Manchester City, Mario Balotelli meledak jaringan m-81.