BEKAS bintang Barcelona, Dani Alves meninggalkan meninggalkan penjara di Barcelona, Sepanyol selepas membayar ikat jamin 1 juta euro (RM5.12 juta) yang ditetapkan mahkamah sementara menunggu proses rayuan.
Alves yang juga pemain antarabangsa Brazil itu berada dalam penjara sejak ditangkap pada Januari 2023 atas dakwaan merogol seorang wanita muda di Barcelona pada 31 Disember 2022.
Pemain yang kini berusia 40 tahun berkenaan dijatuhi hukuman penjara empat tahun setengah pada bulan lepas dengan pasukan peguamnya bertindak untuk meneruskan proses rayuan bagi membuktikan dia tidak bersalah.