KERUSI nombor satu Selangor FC masih lagi belum dimiliki oleh mana-mana jurulatih selepas pengendali terdahulu, Nidzam Jamil meletakkan jawatan selepas cemerlang mengemudi Gergasi Merah dalam saingan domestik mahupun antarabangsa.
Rekod cemerlang Nidzam bersama Selangor masih belum dapat mencuri hati pemain-pemain ke-12 selepas desakan daripada penyokong yang mahukan jurulatih itu meletakkan jawatannya.
Akhirnya pada 30 Oktober, pihak pengurusan Selangor mengumumkan bahawa jurulatih berusia 44 tahun itu telah melepaskan jawatannya sebagai pengendali Selangor menggantikan Tan Cheng Hoe awal musim ini.