JUARA sedekad Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta’zim (JDT) begitu serius mahu melangkah lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini selepas mendapatkan tiga bintang baharu Sepanyol.
Tiga pemain itu ialah Alvaro Gonzalez, Roque Mesa dan Jonathan Viera yang sudah pun diumumkan secara rasmi oleh JDT pada Selasa (4 Februari) lalu.
Namun di sebalik perpindahan tiga pemain itu ke Harimau Selatan, Alvaro pernah terlibat dengan satu kontroversi pergaduhan bersama bintang dunia, Neymar da Silva semasa dia menyarung jersi Olympique de Marseille pada 2020.