SELEPAS tujuh tahun meninggalkan Kedah FA (kini dikenali Kedah Darul Aman FC), Muhammad Akhyar Rashid akan kembali berdepan bekas majikannya, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas secara rasmi menandatangani kontrak bersama Terengganu FC sehingga musim 2026-2027.
Akhyar pula akan melakukan debut menentang JDT dalam aksi yang penuh mendebarkan bersama Terengganu apabila Sang Penyu pastinya memasang impian membawa bekalan selesa ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor.
Terengganu dibenarkan menggunakan khidmat Akhyar walaupun masih berstatus pinjaman dari JDT dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2024-2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Jumaat (17 Januari).