JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dilaporkan mengalami kemalangan serius ketika dalam sesi latihan di Velodrom Nasional, Negeri Sembilan pada Sabtu.
Perkara itu dikongsikannya menerusi satu hantaran di laman X peribadinya berserta sebuah video pendek serta penjelasan daripadanya.
“Saya hanya mahu berkongsi kepada orang ramai bahawa pada Sabtu, saya terlibat dalam kemalangan berkelajuan tinggi akibat masalah mekanikal.