Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Arif Aiman-Tommy bukan paling teruk, FAM pernah gantung lebih lama 3 pemain termasuk Ronaldinho

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali lagi membuktikan ketegasan mereka menangani isu disiplin dalam arena bola sepak tanah air selepas bertindak mengenakan tindakan keras ke atas dua pemain iaitu Tommy Mawat Bada dan Arif Aiman Hanapi.

Hukuman tersebut diberikan selepas kedua-dua mereka terlibat dalam pertelingkahan semasa aksi Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 10 November lalu.

Meskipun sesetengah pihak bertindak menuding jari atas pemain yang memulakan kekecohan tersebut, badan induk bola sepak negara berkenaan tidak berkompromi apabila mengambil tindakan seadilnya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu itu, Rangel dikesan melakukan kekasaran terhadap pegawai berikutan keputusan mereka membatalkan jaringan skuad Sang Penyu.

Dia yang menjaringkan dua gol dalam pertembungan itu gagal menahan emosi membuat bantahan secara kasar dengan beberapa pemain Terengganu lain juga mengerumuni pengadil.

Selepas penilaian dibuat pihak FAM, Paulo kemudiannya dikenakan penggantungan selama enam bulan kerana melanggar Artikel 51 (b) Kod Tatatertib FAM 2015 dan dibaca bersama dengan Artikel 18 para 4 Kod Tatatertib FAM 2015. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

0%