PERLAWANAN antara Liverpool menentang Manchester United bukan hanya dimeriahkan dengan kritikan kontroversi kepada beberapa pemain The Reds susulan keputusan seri 2-2, malah video bumbung Anfield bocor juga mengaibkan pasukan itu.
The Red Devils berhasil mendapatkan satu mata berharga selepas merekodkan keputusan seri 2-2 menentang Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, Liverpool pada Isnin.
United memecahkan kemarau jaringan di Anfield yang berlarutan selama enam tahun apabila Lisandro Martinez menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-52 sebelum Liverpool mendahului melalui jaringan Cody Gakpo dan penalti Mohamed Salah.