SUDAH menjadi ‘trend’ buat negara-negara di rantau Asia Tenggara mencari pemain-pemain warisan yang berkelana di Eropah bagi memperkuatkan skuad kebangsaan masing-masing.
Malaysia juga tidak ketinggalan untuk meneroka pemain-pemain yang dipercayai memiliki susur galur dengan negara ini untuk memperkuatkan Harimau Malaya.
Terbaharu, Mats Deijl yang mempunyai keturunan Malaysia menerusi moyangnya melalui pengesahan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak dapat beraksi untuk Harimau Malaya kerana syarat yang dikenakan oleh FIFA.