TERPAKSA melalui episod kecederaan sehingga perlu menjalani pembedahan untuk pulih merupakan salah satu pengorbanan besar yang perlu dihadapi oleh seorang pemain bola sepak profesional.
Selalunya, kita mendengar kisah kecederaan pemain akan berakhir dengan kebangkitan untuk beraksi semula namun amat jarang senario pemain yang cedera terpaksa menanggung kesakitan hingga akhir hayatnya.
Kejadian jarang berlaku itu menimpa kepada bekas pemain kebangsaan Perancis, Jean Pierre Adams yang koma selama 39 tahun selepas prosedur awal pembedahan lutut di Hospital Lyon, Lyon, Perancis pada Mac 1982.