PENGENDALI Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou berang dan hilang sabar ketika sidang media selepas kemenangan 2-0 ke atas Bodo/Glimt dalam aksi separuh akhir Liga Europa (UEL) pada Jumaat yang menyaksikan Spurs mara ke final dengan agregat 5-1.
Insiden tercetus apabila wartawan The Telegraph, Matt Law, mengajukan soalan berhubung sama ada kejayaan di Liga Europa akan menyelamatkan musim Tottenham, dengan merujuk kenyataan pihak Manchester United bahawa kejohanan tersebut tidak akan menyelamatkan musim mereka.
Ketua jurulatih dari Australia berkenaan jelas tidak senang dengan perbandingan tersebut dan menegaskan sekali lagi bahawa pertandingan UEL sangat penting untuk pasukan bimbingannya.