BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak pulang tangan kosong apabila berjaya mempertahankan pingat gangsa Sukan Olimpik selepas menewaskan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada Ahad.
Berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Aaron-Wooi Yik meraih keputusan 16-21, 22-20, 21-19 dalam tempoh 74 minit pada perlawanan penentuan pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Paris.
Menariknya, kemenangan tersebut bukan hanya menjadi pencapaian besar untuk mereka dan Malaysia, tetapi juga memiliki makna peribadi yang istimewa bagi Aaron.