PELBAGAI aksi menarik dapat disaksikan dalam pusingan awal Piala FA sepanjang hujung minggu lalu tatkala kebanyakan pasukan pilihan seperti Chelsea dan Liverpool ditunjukkan jalan keluar.
Namun, bagi peminat di negara Eropah berkenaan, aksi yang kurang diberi perhatian masih asyik untuk disaksikan, termasuk pertemuan antara dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Cardiff City dan Stoke City.
Perlawanan itu menyajikan aksi mendebarkan kerana barisan serangan kedua-dua pasukan berada di tahap terbaik sehingga mengheretkan aksi ke penentuan sepakan penalti setelah pertembungan terikat 3-3 selepas 120 minit.