MISI mencari tonggak baharu Selangor FC nampaknya tidak terhenti dengan kehadiran pemain import dari Jordan, Ali Iyad Ali Olwan, yang memainkan peranan untuk memperkuatkan jentera serangan Gergasi Merah.
Ali Olwan tiba dengan sejarah tersendiri apabila dia merupakan pemain yang melukakan peminat bola sepak tanah air dengan melakarkan jaringan hatrik ketika menewaskan Harimau Malaya dalam aksi persahabatan antarabangsa pada Oktober 2021 di Amman, Jordan.
Pemain berusia 24 tahun tersebut dibawa masuk secara percuma dari pasukan di Qatar, Al-Shamal SC dengan Ali Olwan difahamkan akan memakai jersi bernombor 90 bersama Gergasi Merah pada musim ini.