BEREGU wanita negara, Teoh Mei Xing-Go Pei Kee mencatatkan kejayaan sulung mereka sebagai pemain beregu selepas mengungguli Malaysia Super 100 pada Ahad.
Pasangan wanita itu memanfaatkan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri untuk menundukkan pesaing dari Taiwan, Nicole Chan-Yang Chu yun dengan keputusan 22-20, 21-11 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Ini pasti menjadi tonik tambahan buat Mei Xing-Pei Kee yang baru-baru ini ditunjukkan jalan keluar awal dalam kesemua pertandingan sejak bergandingan bermula Jun lalu.