BINTANG muda Belanda, Joshua Zirkzee sah menyertai Manchester United sehingga 2029.
Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan terkenal, Fabrizio Romano di akaun X pada Khamis malah menyatakan bahawa Man United memberikan tawaran lebih lumayan.
“Man United tidak akan mencetuskan klausa pelepasan Zirkzee atau merundingkan struktur perjanjian yang berbeza dengan kelab. Tetapi membayar sedikit melebihi RM204 juta (€40 juta) dalam tempoh tiga tahun,” maklumnya.