SRI Pahang FC bakal menghadapi ujian getir apabila bertemu PDRM FC dalam saingan Liga Super 2024 pada Sabtu ini.
Berdasarkan prestasi semasa, ramai penyokong pasukan sudah dapat menjangka bahawa Sri Pahang berisiko besar untuk tewas dalam perlawanan ini.
Perlawanan antara The Cops dan Tok Gajah boleh dikatakan sebagai ‘tutup mata pun sudah tahu’, memberi gambaran bahawa keyakinan penyokong bahawa Sri Pahang kemungkinan besar akan mengalami kekalahan dalam saingan liga.