KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) kini dalam landasan terbaik untuk menempah slot ke Asia tahun depan selepas hanya dibezakan lima mata dengan kurang satu perlawanan.
Sebelum ini, skuad kendalian Nafuzi Zain berjaya melakukan ‘come back’ untuk mengikat juara bertahan, Johor Darul Takzim (JDT) di halaman sendiri pada Sabtu lalu.
Dalam lima perlawanan terakhir Liga Super, Nafuzi berjaya membantu Kedah mencatatkan empat kemenangan dan satu seri sekali gus merapatkan kedudukan dengan pasukan di tempat kedua iaitu Selangor FC.