PELUANG cerah dimiliki Selangor FC untuk mencatatkan kemenangan ketiga dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two apabila mereka akan menerima kunjungan pasukan Thailand, Muangthong United pada Khamis.
Berdasarkan pertembungan sebelum ini, skuad Gergasi Merah terpaksa berpuas hati dengan satu mata yang dibawa pulang selepas terikat di Stadium Thunder Dome, Thailand.
Namun, dalam pertembungan itu, wakil Liga Super berkenaan berjaya mengawal permainan tetapi gagal memanfaatkan peluang terhidang berikutan ketumpulan barisan serangan.