PENCAPAIAN membanggakan direkodkan skuad kebangsaan Palestin dalam saingan Piala Asia lalu apabila berjaya mencipta kejutan dengan melepasi peringkat kumpulan.
Meskipun negara Timur Tengah itu berdepan konflik, semangat waja dipamerkan pemain menyaksikan mereka layak ke peringkat kalah mati.
Kejutan sekali lagi dicipta ketika menentang tuan rumah, Qatar dengan skuad kendalian Makram Daboub berkenaan menjadi pasukan pertama membolosi gawang mereka.