BERBAKI satu bulan sahaja menuju sepak mula musim baru Liga Super 2024/2025, pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, sudah mula melaungkan keyakinan skuad Peteh mampu memperbaiki kedudukan saingan liga selepas sekadar berada di tangga keenam musim lalu.
Antara faktor utama laungan keyakinan Steinbruckner itu apabila melihat prestasi dan kredibiliti yang dijelmakan barisan pemain import.
Khususnya jentera tengah kelahiran Croatia, Marin Pilj yang dilihat sebagai pengganti sempurna berikutan penghijrahan kapten pasukan, Habib Haron,” lapor Stadium Astro.