SEBELUM ini, heboh diperkatakan di media sosial bahawa pemain warisan negara, Richard Chin sudah semakin hampir untuk mencuba nasib dalam Liga Super.
Ini selepas terdapatnya khabar angin mengatakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah ‘melamar’ bek muda berkenaan supaya menjadi bintang regular dalam Harimau Muda.
Dia yang beraksi di liga bawahan England perlu mencuba nasib dalam negara untuk memudahkan lagi segala urusan di samping memberi ruang buat barisan kejurulatihan membuat penilaian mendalam.