ISU penjagaan padang sekali lagi hangat diperkatakan selepas masalah berkenaan menjadi punca aksi Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu lalu ditangguhkan.
Hujan lebat yang turun sejak kira-kira pukul 7 malam menyebabkan padang di venue perlawanan berlecak dan tidak berada dalam keadaan terbaik untuk menganjurkan perlawanan.
Kecewa akan perkara berkenaan, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menceritakan bagaimana penjagaan padang merupakan perkara asas yang sering diendahkan pihak pengurusan kelab.