JURULATIH dari Belanda, Robert Maaskant menyuarakan pandangannya mengenai kekalahan besar Indonesia kepada Australia dalam kelayakan Piala Dunia 2026 dengan skuad Garuda terlalu digembar-gemburkan sehingga mencetuskan ekspektasi yang tidak realistik.
Dalam podcast De Maaskantine yang disiarkan di Sportnieuws, Maaskant mengkritik persembahan Indonesia selepas kekalahan 1-5 di tangan Australia dalam Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia Zon Asia.
Pengendali berusia 56 tahun itu menyindir bahawa pemain naturalisasi Indonesia terlalu dibesar-besarkan, walaupun pasukan tersebut sendiri masih belum dikenali secara meluas di peringkat antarabangsa.