Dengar Suria

Sukan

Tiap final adalah ‘special’, apa saja berkemungkinan — Fandi

Bola Pegun kembali menemui pembaca. Kolum ini, sesuai dengan namanya mengenai situasi bola mati yang penting dalam memburu jaringan, akan cuba berkongsi sorotan mengenai suka-duka jurulatih, pemain mahupun pasukan mengejar kejayaan dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

KEPADA Fandi Ahmad, setiap final piala adalah Istimewa dan aksi kemuncak Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Sabtu ini, juga tidak berkecuali. Sesuai dengan debaran, tuntutan dan jangkaan daripada perlawanan sebesar itu, ketua jurulatih Sri Pahang FC itu juga percaya apa saja kemungkinan boleh berlaku.

Sebagai seorang veteran daripada sembilan perlawanan akhir Piala Malaysia — 1979, 1980, 1981 dan 1994 bersama Singapura, 1987, 1988 dan 1989 bersama Kuala Lumpur dan 1992 bersama Pahang – dia harus tahu lebih daripada kebanyakan orang lain.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%