BAGI menebus kekecewaan atas penyingkiran dari Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite, Johor Darul Ta’zim (DJT) mahu meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super.
Meskipun sudah sah ditabalkan juara, skuad Harimau Selatan pasti bercita-cita besar untuk meraih tiga mata penuh dalam perlawanan menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad.
Jadi, dalam merealisasikan harapan itu, mereka dijangka menurunkan kesebelasan utama terbaik dengan tonggak utama seperti Bergson da Silva dan Heberty Fernandes sudah tentu beraksi.