SKUAD sepak takraw negara mempunyai satu lagi peluang untuk menebus maruah dan menghadiahkan pingat emas di Sukan Asia Hangzhou 2022 apabila mengesahkan tempat di final acara antara regu lelaki selepas menundukkan Filipina 2-0 dalam aksi separuh akhir pada Jumaat.
Pada pertembungan di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua itu, Malaysia yang menurunkan regu Mohamad Azlan Alias, Amirul Zazwan Amir dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi tidak berdepan masalah mengatasi trio Rheyjey Ortouste, Jason Huerte dan Ronsited Gabayeron 21-15, 21-11.
Skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun itu yang merupakan juara bertahan akan membuat perhitungan menentang Thailand yang sebelum ini menewaskan mereka di pentas final acara regu berpasukan lelaki minggu lepas.