SEORANG penyokong Leeds dikejarkan ke hospital selepas terjatuh dari tingkat atas stadium Stamford Bridge di London, United Kingdom (UK) ketika meraikan gol pasukan mereka menentang Chelsea dalam Piala FA.
Anggota perubatan bergegas ke tempat kejadian dan merawat penyokong sebelum mengeluarkan mereka dari bahagian bawah.
Insiden itu berlaku pada minit kelapan perlawanan selepas Mateo Joseph meletakkan kelab Championship itu di hadapan.