SATU masa dahulu, Kelantan FC pernah mencapai puncak apabila berjaya meraih gelaran treble pada musim 2012.
Ketika itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa merupakan figura penting kepada kejayaan skuad The Red Warriors itu.
Namun begitu, semuanya tinggal kenangan dengan Kelantan kini tidak beraksi dalam mana-mana saingan dalam piramid bola sepak Malaysia.