“SAYA percaya, melepaskan adalah sebahagian daripada perjalanan hidup.”
Itulah luahan kata hati bekas penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali selepas terpaksa melepaskan satu-satunya jersi kelab luar negara diwakilinya, Pelita Jaya FC di dalam Facebook pada Ahad (16 Mac).
Bekas pemain berusia 41 tahun itu membuka tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membida jersi kelab Indonesia itu.