UMUM mengetahui Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengambil beberapa langkah progresif bagi memastikan kelangsungan kelab dapat diteruskan dengan stabil pada masa akan datang.
Ia selepas beberapa pemain daripada pasukan itu sudah pun dilepaskan kerana tidak menyambung kontrak dan ada juga dipinjamkan ke pasukan Liga Super yang lain.
Antara pemain yang dikaitkan bakal beraksi secara pinjaman adalah Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Haziq Nadzli, Daniel Amier dan Syafiq Ahmad.