WALAUPUN gol penyamaan ketiga menerusi pemain naturalisai terbaru, Romel Morales, ketika aksi terakhir saingan Piala Asia 2023 menentang Korea Selatan, namun bekas Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Datuk Lim Teong Kim, berpendapat dasar itu perlu dihentikan.
Dalam satu temu bual bersama pemerhati sukan Astro Arena, Syifa Nasir, Teong Kim merasakan perkara itu hanya akan mematikan peluang pemain tempatan yang berkualiti untuk beraksi di pentas antarabangsa, lapor Stadium Astro.
“Bagi saya program naturalisasi perlu ditamatkan. Kerana ia tidak memberikan kebaikan untuk bola sepak secara luas,” kata Teong Kim menerusi Nadi Arena.