TONGGAK pertahanan KL City, Giancarlo Gallifuoco, menganggap pertembungan separuh akhir kedua Piala Malaysia dengan Terengganu FC pada Jumaat sebagai penentu kehebatan dua ketua jurulatih Croatia membabitkan Terengganu dan KL City.
Untuk ketika ini, pertimbangan melibatkan pertemuan kedua-dua pasukan tersebut dilihat seimbang namun Giancarlo bertegas ia perlu dibuktikan siapa yang lebih cemerlang di atas padang sama ada Nenad Bacina atau Tomislav Steinbruckner, lapor Stadium Astro.
“Saya berasakan kedua-dua jurulatih memiliki corak permainan yang hampir sama. Kami telah seri tiga kali dalam empat pertemuan sepanjang musim ini.