PERTAHANAN import Johor Darul Ta’zim (JDT), Shane Lowry mendapat pujian daripada media Australia selepas mempamerkan aksi memberangsangkan ketika menewaskan Selangor di pentas final Piala FA dengan keputusan 6-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 24 Ogos lalu.
Diturunkan dalam kesebelasan utama oleh Hector Bidalgio, Lowry berjaya membantu Harimau Selatan meraih trofi kedua musim ini selepas Piala Sumbangsih.
Kemenangan itu juga membolehkan Harimau Selatan meraih hatrik Piala FA selepas memenangi kejohanan itu sejak 2022.