KEPUTUSAN cukup memberangsangkan berjaya direkodkan skuad kebangsaan Indonesia apabila mereka mengikat Arab Saudi 1-1 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Arab Saudi di tempat lawan pada awal pagi Jumaat.
Mereka yang mendahului menerusi Ragnar Oratmangoen pada minit ke-19 tidak berdepan sebarang masalah untuk menguasai permainan ketika berdepan pasukan lebih berkualiti itu.
Walaupun dibolosi pada masa tambahan separuh masa pertama, skuad Garuda masih beraksi bersungguh-sungguh dalam misi membawa pulang mata penting dalam perlawanan tersebut.