PADA Isnin, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengangkat pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (ABK23).
Bintang Harimau Malaya itu mencipta sensasi apabila berjaya merangkul gelaran tersebut untuk tiga musim berturut-turut sekali gus menguatkan namanya sebagai pemain handalan negara.
Selain daripada anugerah MVP, Arif turut membolot anugerah-anugerah lain seperti Anugerah Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik serta berkongsi Anugerah Kasut Emas Liga Super (tempatan) bersama-sama Faisal Halim dari Selangor FC.