DEMI menyokong minat anak terhadap sukan, sepasang suami tidak lokek mengorbankan masa untuk turun ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan-Sukan Selangor (MSSS) yang berlangsung di Klang pada Isnin.
Walaupun terpaksa berbasahkan hujan, Raja Muhammad Badiuzzaman dan isterinya tetap hadir bagi memastikan dua anak perempuannya mendapat sokongan terbaik bagi mencipta nama di kejohanan kali ke-72 itu.
Anak pertamanya, Raja Nur Ain Raja Muhamad Baddiuzzaman merupakan atlet SUKMA Selangor, hadir mewakili kontinjen Petaling Perdana.