ISU pelapis atlet dalam acara terjun tanah air menyaksikan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) terpaksa menjadi ‘orang tengah’ untuk menyelesaikan isu kurang penyertaan menerusi kaedah ‘pinjam’ atlet.
Kaedah berkenaan bagaimanapun tidak berhasil untuk Sukan Malaysia (Sukma) kali ini apabila acara terjun 10 meter (m) platform wanita digugurkan atas faktor kekurangan jumlah penyertaan dan secara tidak langsung menunjukkan insiatif pinjam pemain tidak membantu mengatasi masalah berkenaan.
Berdasarkan laporan Majoriti sebelum ini, Pengarah Teknikal MAS, Bryan Nickson, berkata kaedah pinjaman boleh dilakukan namun perlu mendapat persetujuan pengarah Majlis Sukan Negeri yang terlibat.