MENJELANG pertemuan dengan Selangor, Terengganu FC kini berdepan cabaran getir dalam misi mereka untuk menamatkan saingan Liga Super 2024 di kedudukan ketiga.
Dengan hanya tiga perlawanan berbaki, skuad kendalian Badrul Afzan Razali itu perlu meraih kemenangan bagi terus menghidupkan peluang memintas Kuching City FC dan Sabah FC dalam perebutan tempat ketiga.
Walaupun secara matematik Terengganu masih berpeluang namun laluan mereka kini cukup berliku dengan aksi tersebut bakal berlangsung di gelanggang lawan pada 5 April nanti.