PEMAIN skuasy negara, Aira Azman yang meraikan ulang tahun ke-19, berharap dapat menyumbang pingat emas buat Malaysia menerusi acara akhir berpasukan wanita ketika bertemu juara bertahan Hong Kong, di China, pada Sabtu.
Kemenangan itu bakal menjadi kejayaan terbaik buat naib juara Kejohanan Skuasy Remaja Dunia itu sebagai memperingati penampilan sulungnya di Sukan Asia.
“Saya hanya berharap kami akan beraksi dengan baik di peringkat final acara berpasukan. Tiada tekanan, jadi lakukan dengan baik,” katanya ketika ditemui di Gelanggang Skuasy Pusat Sukan Olimpik Hangzhou pada Jumaat.