TIDAK sekadar hebat di pentas lakonan, pelakon Mohd Aidil Abdul Aziz tampil ‘menyengat’ di padang bola sepak selepas muncul sebagai calon Kasut Emas dalam kancah Liga Bola Sepak Amatur (AFL) A3.
Pemain He Clinic FC yang juga suami kepada aktres, Fasha Sandha itu membuktikan ketangkasannya menerusi tujuh gol yang disumbangkan selepas empat perlawanan zon Kuala Lumpur Centre (KL Centre).
Ia sekali gus meletakkan kelab itu di tangga kedua dengan dua mata dipisahkan oleh pendahulu, Asawa FC.