KETUA Pegawai Eksekutif (CEO), Malaysian Football League (MFL), Datuk Stuart Ramalingam menafikan khabar angin mengenai pengunduran dirinya dalam badan induk bola sepak negara ini.
Khabar angin mengenai pengunduran dirinya mula tular di media sosial difahamkan mempunyai kaitan dengan beberapa isu yang melanda bola sepak tempatan baru-baru ini.
Bagaimanapun, Stuart tampil memberikan penjelasan mengenai masa depannya bersama badan pengendali liga tersebut.