JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus sibuk memasuki jendela perpindahan kedua Liga Super selepas membawa masuk empat muka baharu menjelang saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elit 2024/25.
Antara yang disambar ialah bek Korea Selatan, Park Jun-heong dari Ratchaburi FC dan Christian Abad sebagai penjaga gol muda terbaru buat skuad Harimau Selatan.
Namun, perbelanjaan itu tidak terhenti di situ apabila baru-baru ini, kelab tersebut dikaitkan dengan penyerang kelahiran Colombia, Jorge Obregon yang kini beraksi di Croatia bersama HNK Rijeka.