BEK kanan Terengganu FC (TFC), Azam Azmi Murad dikhabarkan akan meninggalkan kelab Pantai Timur berkenaan dan difahamkan akan memperkuatkan pertahanan sebuah kelab Selatan tanah air pada musim depan.
Desas-desus ke Johor Darul Takzim (JDT) semakin diyakini apabila tanda ‘to leave” atau bermaksud ‘bakal berpindah’ tertera pada profil Azam Azmi di laman perpindahan pemain Transfermarkt.
Bukan itu sahaja, nama kelab Harimau Selatan juga ditulis sebagai bakal majikan pertahanan berkenaan pada profil pemain kelahiran Pulau Pinang itu.