BEKAS pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberikan ‘amaran’ penting buat pengendali semasa The Red Devils, Erik ten Hag mengenai egonya.
Selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Liverpool pada Ahad yang menyaksikan mereka kalah 0-3 di Old Trafford, Ten Hag dilihat masih ego untuk menepis segala kritikan ditujukan kepadanya.
Ten Hag dengan nada marah berkata, sejak kehadirannya ke United, kelab itu berjaya memenangi dua kejuaraan sambil merupakan kelab kedua terbaik di belakang Manchester City dalam kutipan trofi.