Dengar Suria

Sukan

Solari bersyukur sebab TMJ, Tomi puas hati prestasi meningkat perlahan-lahan

KETUA jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Esteban Solari menghadiahkan kemenangan menjulang Piala Malaysia kepada pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim.

“Saya bersyukur kerana baginda memberi saya peluang untuk mengendalikan pasukan yang hebat ini. Ia bukan hanya pasukan tetapi usaha baginda untuk melihat mutu bola sepak menjadi lebih baik setiap tahun. Pemain juga memahami dan mempunyai mentaliti juara,” katanya.

Kejayaan menewaskan Terengganu FC 3-1 itu menyaksikan skuad Harimau Selatan meneruskan keunggulan meraih kejayaan treble buat musim kedua berturut-turut selepas dinobat juara Piala FA Julai lalu dan merangkul kejuaraan Liga Super September lepas.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%