PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menamatkan spekulasi penyokong Harimau Malaya mengenai venue skuad kebangsaan bagi kejohanan Piala AFF 2024 apabila sah mengumumkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai stadium utama.
Memetik Buletin TV3, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan perkara itu apabila Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan melakukan persiapan rapi bagi kesemua perlawanan Harimau Malaya di venue tersebut.
Noor Azman berkata, keputusan itu menamatkan segala spekulasi yang menyatakan aksi Harimau Malaya bagi kejohanan Piala AFF akan berlangsung di luar Lembah Klang termasuk Sabah dan Sarawak.