SEORANG wanita berjaya memenangi perlumbaan larian jarak jauh 100 kilometer kategori wanita meskipun perlu berhenti di tiga ‘checkpoint’ bagi menyusukan anak perempuannya.
Berkongsi kegembiraan di laman Instagram, Stephanie Case meluahkan rasa teruja apabila dinobatkan sebagai juara dalam perlumbaan Ultra-Trail Snowdonia yang berlangsung di Wales, Australia.
Mana tidaknya, sepanjang perlumbaan itu, dia berhenti di tiga ‘checkpoint’ bagi menyusukan bayi perempuannya yang baru berusia enam bulan.