PENANTIAN untuk Selangor FC menikmati menjulang piala domestik terus tertangguh selepas mereka tewas 1-6 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala FA yang diadakan pada Sabtu.
Dalam pada perit menerima kekalahan teruk, terdapat satu pemain yang menjadi kritik pedas penyokong Selangor iaitu penjaga gol, Sam Somerville.
Penurunan prestasinya menimbulkan persoalan, perlukan Selangor memanggil semula Sikh Izhan Nazrel yang kini bersama Penang FC secara pinjaman?