MESKIPUN bergelar pemain tenis nombor 1 dunia, Iga Swiatek tetap mencari kaedah terbaik untuk memberi kelebihan pada dirinya ketika berhadapan dengan pencabar.
Malah bintang Poland berusia 22 tahun itu sanggup meletakkan pita pelekat pada mulut bagi melatih pernafasan ketika sedang bermain.
Kaedah ‘pelik’ yang digunakan itu mendapat perhatian warga maya dan rata-ratanya mempersoalkan manfaat daripadanya.